×
Apakah Bantuan Tanam Semula RISDA?
Bantuan Tanam Semula merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Tanam Semula RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) dan menjana salah satu fungsi utama RISDA di bawah Akta RISDA No. 85/1972.
Akta ini menegaskan bahawa RISDA bertanggungjawab melaksanakan serta memantau penanaman semula pokok getah tua dengan pokok getah baharu atau tanaman lain yang dibenarkan. Inisiatif Bantuan Tanam Semula ini dilaksanakan sebagai dorongan untuk pekebun kecil melakukan penanaman semula kebun getah mereka. Insentif ini juga dilaksanakan bagi membantu menganggung sebahagian kos tanam semula getah.
Melalui bantuan ini, jika anda salah seorang pekebun kecil RISDA, anda layak mendapat dana sehingga RM14,000 sehektar secara berperingkat bagi menampung kos tanam semula kebun getah anda.